Filem Keramat Tarikkan Simbol Sex Zul Handy Black dan Mon Ryanti

on Sunday 19 February 2012

Sipnosis : Hot action in the film refers to the half Nazmir Keramat (played by Zul) seduced by the brother-in-law Munirah (played by Mon Ryanti) in the bathroom.

Jom baca petikan dibawah:

Semalam baru tengok filem Keramat, jalan cerita filem nie okie lah, menarik gak, tetapi filem ini sekiranya tidak mendedahkan unsur unsur sex mahupun seksi, saya merasakan tarikkan untuk melihat filem ini mungkin berkurangan. Persoalannya mengapa sesebuah filem untuk laris dipasaran memerlukan simbol sex adakan ini salah satu cara untuk memancing penonton ker pawagam?
Jom baca petikan dibawah:

Semalam baru tengok filem Keramat, jalan cerita filem nie okie lah, menarik gak, tetapi filem ini sekiranya tidak mendedahkan unsur unsur sex mahupun seksi, saya merasakan tarikkan untuk melihat filem ini mungkin berkurangan. Persoalannya mengapa sesebuah filem untuk laris dipasaran memerlukan simbol sex adakan ini salah satu cara untuk memancing penonton ker pawagam?


KEBERANIANNYA tampil berbogel dalam filem Mantra setahun lalu mendapat kecaman hebat pelbagai pihak. Teruk dia dihentam tetapi tidak sedikitpun ia menjadi kudis buat empunya diri kerana dia yakin apa yang dipersembahkan itu atas dasar profesional.

Terbaru, menerusi filem Keramat yang menjengah pawagam seluruh negara Khamis lalu, Zul Suphian sekali lagi tampil ‘daring’ dalam adegan bilik air apabila digoda adik ipar, lakonan Mon Ryanti. Biarpun masih memakai tuala pada badannya, keberanian Zul melakonkan adegan sebegini berpotensi mencetuskan kontroversi sekali lagi. Babak itu memaparkan Nazmir (Zul) yang baru selesai mandi, digoda adik iparnya yang dirasuk roh Mustika yang hidup 100 tahun lalu.

Ketika menggoda, wajah Munirah acap kali bertukar rupa Mustika (Diana Amir). Ketika dihubungi, Zul tidak menafikan babak itu agak ‘berani’ tetapi tidaklah sepanas Mantra di mana ada babak Zul tanpa seurat benang di tubuhnya. Andai ia menjadi kontroversi, bekas vokalis kumpulan Handy Black ini bersedia kerana pernah berdepan senario serupa sewaktu Mantera ditayangkan. “Saya pun memilih, bukan main buat saja tanpa sebab. Saya akan bersetuju dengan permintaan pengarah dan memenuhi kehendak skrip apabila babak itu logik untuk diwujudkan.

Babak goda dalam bilik air memang logik untuk filem ini. “Ketika baca skrip, saya ada berbincang dengan pengarah bagaimana mahu gambarkan perasaan Mustika yang menagih kasih Habib yang hidup sezaman dengannya. Mustika mahu menggoda Nazmir kerana muka Nazmir seiras dengan Habib.

“Sebagai pelakon, saya lihat babak ini sebagai cabaran dan melakukannya atas dasar logik dan profesional. Jika tidak logik, apa hal pula saya nak tayang badan atau buat babak panas? Seperti saya katakan tadi, ini semua bersebab. Kalau suka-suka, itu sengaja mencari publisiti murahan namanya dan saya bukan begitu,” katanya. -

petikan dari Harian Metro


dah baca kasi komen di bawah tu kemudian letak website anda, so dah buat backlink dengan blog isu-hangat.blogspot.com PR2 :) apa lagi jom komen.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved