Abby Abadi Malu dengan Soalan Sendiri, Kena Tegur Dengan Ustaz Azhar Idrus - Panasss!!

on Tuesday 14 August 2012


Minggu lalu telah berlansungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.

 Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.

 Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri. Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.

 UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan. Selain itu, antara jawapan UAI adalah; “Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.

 Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI.

 Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI. Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.” Ehhh.. kenapa Abby ‘menggelupur’ ni?

Sedangkan UAI menyatakan secara umum dan tidak menyebut mana-mana individu. Itulah kata orang-orang tua, ‘siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya’. Menjadi persoalan juga apabila mengapa perlu Abby terasa dengan kata-kata UAI itu.

 Patutnya Abby malu dan menimbangkan untuk terjun lombong sekejap pasal nasihat UAI tu kena tepat kat batang hidung dia sampai dia menjerit-jerit nak cover line kat atas pentas ceramah.

 Dan adakah dia seorang sahaja artis yang berhijrah dalam masa yang sama menghentam rakan-rakan industri? Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI. UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej.

 Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu. Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI.

 Penulis tidak lah bijak mana untuk memberi nasihat kepada pembaca. Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel.

 Seolah-olah seperti Abby tidak tahu adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai seorang pengacara yang baik. Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif.

Video Abby Abadi dimalukan dengan soalannya sendiri
sumber: mynewshub.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved