Aman Shah didenda RM3,000 berkhalwat dengan ibu tunggal

on Tuesday 11 January 2011


PUTRAJAYA 12 Jan. - Penyanyi dan pelakon tahun 80-an, Aman Shah Abu Kassim, 57, bersama ibu tunggal beranak dua, Rohana Awang, 32, didenda RM3,000 setiap seorang atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat pada pukul 12.15 tengah malam, 26 September tahun lalu.
Hukuman terhadap mereka dijatuhkan oleh Hakim Abu Zaky Mohamad selepas mendengar rayuan tertuduh.
Perbuatan tersebut dilakukan di Blok C1, tingkat 2 unit 5, Presint 15 Fasa 15-12B, Putrajaya.
Fakta kes dikemukakan Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Silayah Persekutuan Putrajaya, Mohd. Hafiz Idris menyebut pintu rumah tersebut hanya dibuka selepas 23 minit diketuk.
Aman Shah yang tidak diwakili peguam, mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia mempunyai masalah.
Dia sehubungan itu memohon maaf kepada Allah dan mahkamah atas perkara yang berlaku serta merayu agar tidak dipenjarakan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved