PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mahu memberi kesedaran kepada bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan mendedahkan perbualan telefon di antara dia dengan wanita itu menerusi status Facebook miliknya, Isnin lalu. Abby berkata, dia berbuat demikian bukan bertujuan untuk menimbulkan sengketa tetapi sekadar mahu Memey sedar dan rasa bersalah dengan perbuatan dan sikapnya itu. “Setiap kali saya telefon bekas suami saya atas urusan anak-anak mesti dia yang akan jawab telefon (milik Norman Hakim) dan beri macam-macam alasan yang menunjukkan Norman ketika itu berada bersamanya. Dia seperti mahu mencabar saya. “Saya tulis bukan kerana saya nak buat tuduhan atau cuba timbulkan sengketa tetapi nak bagi perempuan tu (Memey) sedar, faham dan rasa bersalah,” katanya dihubungi , Selasa lepas. Pada Isnin, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi. Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.
Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada Isnin lalu dijawab oleh Memey. Jelas Abby lagi, dia tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kembali persengketaan lama. Malah dia tidak mempunyai kepentingan langsung berbuat demikian. “Saya tidak faham apa yang cuba dibuktikan sehinggakan segala urusan anak-anak saya pun dia nak sibuk dan masuk campur. Apalah yang dibanggakan sangat dengan status tunangan orang itu?
Luahan Abby Abadi menerusi Facebook miliknya menimbulkan tanda tanya benarkah Norman dan Memey tinggal serumah?
“Kalau boleh memang saya tidak mahu ada kaitan lagi dengan mereka dan sedikit pun tidak ada kepentingan menulis begitu. Saya hanya mahu mereka selesaikan apa yang belum selesai selepas saya dan Norman bercerai,” katanya. Dalam pada itu, Abby agak kesal ramai yang menganggap kenyataan yang dibuat kepada media seolah-olah menampakkannya tidak rasional. “Saya mengaku disebabkan personaliti Memey yang lemah lembut dan naif membuatkan masyarakat menyalahkan saya. Mereka lihat saya seperti tidak rasional. “Cuba mereka meletakkan diri di tempat saya. Saya hanya menuntut hak saya yang mana perkara-perkara tersebut mereka (Norman dan Memey) sudah sedia tahu,” katanya. Norman dan Memey bertunang pada 15 September tahun laluu dan sepatutnya bernikah pada 8 Januari ini. Mereka bagaimanapun terpaksa menunda tarikh perkahwinan tersebut kernaa komitmen kerja. Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal dihubungi kerana tidak menjawab panggilan telefon.
Posted byAdminon
Tuesday, 14 September 2010at23:43
BABAK percintaan antara Norman Hakim dan Memey tidak bermula seperti pasangan lain. Menempuh pelbagai insiden kurang manis daripada dakwaan berkhalwat sehingga episod perceraian Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi, mereka akhirnya ditunangkan. Soal sama ada mereka akan bertunang atau berkahwin sebenarnya sudah lama menjadi pertanyaan apabila hubungan cinta mereka disahkan secara umum sekitar awal tahun ini. Namun, hanya pada 30 Ogos lalu, Norman dan Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 22, mengumumkan bahawa mereka akan mengikat tali pertunangan yang sudah pun selesai berlangsung pada 13 September lalu. Ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 30 Oktober 2008 serta perbicaraan kes mereka di Mahkamah Syariah yang masih berjalan dikatakan sebagai ‘punca’ pertunangan itu.
SELEPAS pelbagai spekulasi mengenai pertunangan mereka, akhirnya Norman dan Memey disatukan pada 13 September lalu.
Namun, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 34, menafikan pandangan tersebut. Ketabahan Memey sepanjang perbicaraan serta kecekalan tunangnya itu berdepan dengan tohmahan masyarakat yang membuatkan aktor itu jatuh hati. “Sebenarnya kami saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu. Namun, keserasian antara kami hanya timbul apabila bersama-sama melalui detik sukar sepanjang perbicaraan di mahkamah. “Pertunangan kami hari ini bukanlah atas faktor kes di mahkamah tetapi keserasian telah menjodohkan kami. Saya sayang Memey dan pertemuan kami ada hikmahnya memandangkan keluarga kami berdua berasal dari tempat yang sama iaitu Kukup, Pontian, Johor,” ujar Norman selepas selesai majlis tersebut. Norman yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas mahu Memey merasai sendiri adat pertunangan masyarakat Melayu yang bermula dengan proses merisik, menyerahkan hantaran, menyarungkan cincin dan seterusnya berbincang mengenai ketetapan perkahwinan mereka walaupun persediaan majlis itu dibuat dalam masa singkat. “Sejujurnya, saya hanya nekad dengan keputusan bertunang kira-kira dua minggu lalu selepas perbincangan antara kedua-dua belah keluarga mencapai kata sepakat dan direstui. Lagipun majlis ini dilakukan secara sederhana. Jadi masa dua minggu itu sudah mencukupi untuk melakukan persediaan,” jelas Memey. Tidak seperti Norman, Memey yang bertunang buat kali pertama berasa berdebar apabila tarikh pertunangannya semakin dekat. “Saya sendiri terkejut apabila Norman meluahkan hasrat untuk meminang saya pada hari raya keempat. Penantian tarikh itu membuatkan saya teruja. Semakin dekat dengan tarikh itu, hati saya semakin berdebar,” tambah Memey.
MEMEY kelihatan ceria di samping hantaran Norman.
Majlis sederhana itu berlangsung di kediaman keluarga Memey yang terletak di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Sebanyak 13 buah kenderaan bersama hampir seratus orang ahli keluarga Norman dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru mengiringi rombongan meminang yang diketuai bapa saudaranya, Mejar (B) Ismail Kamat. Rombongan mereka tiba pada pukul 4.30 petang. Selain cincin sebagai memenuhi tuntutan adat Melayu semasa pertunangan, rombongan Norman turut membawa lima dulang hantaran berupai makanan, tepak sirih, kek dan pakaian. Manakala Memey membalas sebanyak tujuh dulang hantaran yang hampir serupa barangannya. Sesi melamar diadakan kira-kira setengah jam yang menyaksikan Norman diwakili bapa saudaranya dan bakal mempelai perempuan itu diwakili oleh datuknya, Sarwani Saim. Sungguhpun perbincangan telah dilakukan tetapi kata putus mengenai tarikh dan jumlah hantaran perkahwinan bakal suami isteri itu hanya akan ditentukan kemudian. Sekiranya tiada aral melintang, mereka dijangka diijab kabul pada awal tahun depan. Gerbang perkahwinan Memey pada majlis itu kelihatan menawan dengan memakai busana putih rekaan Ezuwan Ismail dan Norman yang hadir berbaju kemeja putih, bersongkok dengan berseluar jean kelihatan ceria apabila diminta pihak media bergambar. Keceriaan yang terpancar di wajah Memey dan Norman jelas membayangkan mereka kini sudah bersedia untuk menuju gerbang perkahwinan. “Saya lega dan gembira kerana semuanya sudah selamat dan kini kami dalam persediaan untuk melangkah ke alam baru bergelar suami isteri. “Insya-Allah, saya akan menempuh kehidupan bahagia bersama Memey yang memahami situasi saya dan anak-anak. Itulah yang membuatkan saya terpikat padanya yang juga merupakan keistimewaan Memey.
SEPAKAT. Wakil keluarga Norman dan Memey bersetuju untuk menikahkan mereka pada tahun hadapan.
“Dia seorang yang tabah dan pandai mengambil hati. Apa yang penting kedua-dua belah keluarga merestui hubungan kami. Saya yakin saya boleh hidup bahagia dengannya,” kata Norman sambil menjeling manja ke arah Memey yang tersenyum malu.
MEREKA sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 24 Julai ini. Namun, hasrat itu terpaksa ditangguh apabila Norman Hakim dan Memey Suhaiza masing-masing tidak mempunyai masa secukupnya untuk melakukan sebarang persiapan.
Kesibukan di lokasi penggambaran telah menjadi halangan utama. Lagipun bagi Norman yang ditemui pada sidang media mempromosikan drama 8 Bulan di Restoran Rebung, Bangsar semalam, perkahwinan bukannya hal yang melibatkan dua orang sahaja.
Selain keluarga, mereka tidak boleh mengambil cuti sesuka hati apabila sesebuah produksi penggambaran melibatkan banyak pihak. Maka, kekangan masa menjadi punca utama.
"Mungkin ada pihak yang fikir alasan ini klise. Namun, sememangnya jadual penggambaran yang padat serta kesibukan mengendalikan perniagaan telah membataskan idea tersebut direalisasikan.
"Pada mulanya, kami mahu berbincang dengan keluarga masing-masing pada awal Jun lalu tetapi tidak kesampaian. Tapi kalau boleh, lagi cepat berkahwin, lagi bagus," bicara Norman.
Memandangkan tarikh 24 Julai itu tidak akan menjadi hari besar buat Norman, 34, dan Memey, 22, mereka bagaimanapun tidak meletakkan tarikh baru untuk melangsungkan perkahwinan. Ditanya apakah signifikan tarikh tersebut, Norman memberitahu ia tidak memberi sebarang maksud khas.
"Bukannya Memey yang memaksa saya untuk berkahwin tetapi dari dulu lagi kami mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Tiada metafora khas mengenai 24 Julai.
"Kami membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan itu awal Jun lagi apabila sedar tarikh itu semakin dekat dan tiada perancangan dibuat lagi," tambah Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon.
Walaupun menyatakan masa menjadi faktor utama, ada pihak bagaimanapun menyebarkan khabar bahawa pasangan itu sebenarnya sudah berpisah sekitar Jun lalu. Norman yang tidak mengetahui perkara itu akui banyak dugaan yang perlu mereka hadapi.
"Sebelum membuat keputusan untuk menangguhkan perkahwinan, kami berdepan dengan pelbagai dugaan terutama dari segi emosi. Jadi kami membuat keputusan untuk memberi fokus kepada karier dahulu," katanya yang popular menerusi drama Gerak Khas.
Selepas hampir dua tahun kembali solo, Norman sedar dia seorang yang mementingkan institusi kekeluargaan. Namun, sebelum membuat sebarang keputusan, dia ada bertanya kepada dirinya sama ada sudah bersedia untuk berkahwin semula selepas bercerai dengan bekas isterinya, Abby Abadi.
"Tanggungjawab saya amat besar sebenarnya terutama kepada anak-anak saya. Ada kalanya, saya bertanya kepada mereka sama ada bersetuju jika saya berkahwin semula. Mereka tidak kisah kerana mahukan adik lelaki. Komitmen saya terhadap kehidupan anak-anak saya masih sama seperti sebelumnya.
"Dari segi makan, pendidikan dan aktiviti sosial, saya akan jaga. Ia lebih baik daripada saya memberi nafkah dan lepas tangan begitu sahaja. Saya tidak mahu mereka berasa kesunyian. Abby dan saya mahu terus memberikan kehidupan sekeluarga," katanya yang akan terlibat dalam filem Nur Kasih.
Bersikap jujur dengan Memey, Norman ada memberitahu aktres itu bahawa dia akan terus menjaga anak-anaknya, Mohd. Danish Hakim, 7; Marisa Dania Hakim, 6 dan Maria Danisha Hakim, setahun enam bulan sehingga Abby bertemu dengan teman baru yang dapat menggantikan tempatnya.
Memey bagaimanapun tidak kisah kerana mengetahui jiwa Norman masih terpaut kuat kepada keluarganya. "Memey tidak pernah melalui alam perkahwinan seperti saya. Jadi saya memberitahunya bahawa tanggungjawab saya terhadap keluarga saya masih sama sehingga Abby bertemu dengan seseorang yang boleh menjaganya.
"Jadi Memey kena memahami isi hati saya dan dia berasa selesa dengan keadaan ini. Apa yang sudah berlaku adalah sejarah. Saya perlu memastikan ada orang yang betul-betul boleh menjaga Abby," tambahnya yang bakal berlakon dengan Memey dalam telefilem, Ghia.
Mengakui hubungannya dengan Abby lebih baik sekarang, Norman selalu berimpikan sebuah keluarga besar yang harmoni. Malah, tanpa berselindung, Norman pernah terfikir untuk kembali bersama Abby pada awal perpisahan.
Namun, kata Norman, Abby sudah memulakan fasa hidup baru. "Sebelum ini, saya ada juga berbincang dengan Memey kebarangkalian bagi saya berbaik semula dengan Abby. Memang pada mulanya dia terasa.
"Tapi selepas itu Memey bersifat terbuka. Padanya, selagi mereka belum berkahwin, ruangan untuk perubahan masih terbuka. Namun, itu semua benda dulu. Sekarang saya amat serius dengan Memey. Sudah tidak larat untuk bermain-main," ujarnya yang kini menetap di Ukay Perdana.
Banyak belajar daripada pengalaman pahit itu, Norman sering keluar bersama keluarganya kerana menyukai perasaan dikelilingi orang tersayang.
"Dulu saya ingat selepas kembali solo, saya boleh melakukan apa sahaja tanpa sekatan. Semasa berumah tangga, bekas isteri saya sering membebel kerana saya tidak mempunyai masa untuk keluarga.
"Namun, selepas hidup bersendirian, saya mula berasa kosong. Jadi saya sudah nekad untuk berkahwin dengan Memey. Cuma kami tidak memberikan tarikh atau tempoh untuk mendirikan rumah tangga," ujarnya.
Lebih seminggu lalu, isu hangat telah mendapat perkhabaran kononnya Memey sudah beralih kasih daripada Norman Hakim.
Namun begitu, apabila terbaca temuramah bekas isteri Norman, Abby Abadi di dalam Harian Metro beberapa hari kemudian - 'SMS Memey kejutkan Abby' - kenyataannya seakan mengiyakan gosip mengenai terputusnya cinta Memey dan Norman.
Dedah Abby, dia telah menerima SMS daripada Memey yang mengharapkan agar dia berbaik semula dengan Norman. Komen Abby seterusnya membawa kepada 1,001 persoalan.
“Saya tak tahulah apa yang berlaku pada hubungan mereka sekarang kerana selama ini daripada cara mereka bercerita pada media, nampak macam pasangan kekasih yang bahagia.
“Pun begitu, saya juga tidak terkejut andai kata mereka sudah berpisah tetapi jangan memandai hendak mencampuri urusan hidup saya. Atau mungkin Memey mengirim SMS itu semata-mata untuk menarik perhatian saya."
Bagaimanapun, jika anda sempat membelek sisipan B*Pop hari ini, ruangan Teropong, gosip yang telah disampaikan mengenai Memey dan Norman itu ternyata jauh sekali tersasar.
Dari mulut tuan empunya diri, Memey berkongsi bahawa perhubungannya dengan Norman "baik-baik saja" malah tarikh perkahwinan sudah ditetapkan pada 24 Julai. Persiapan termasuk pakaian pun sudah disiapkan. Tetapi apakan daya, jadual kerja masing-masing tidak mengizinkan. Kerana itu, perancangan mereka untuk bernikah pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan, kemungkinannya selepas Hari Raya Puasa nanti.
Pelakon popular, Abby Abadi hari ini sekali lagi memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Norman Hakim yang ditangkap khalwat dengan pelakon baru, Memey Suhaiza.
Abby memfailkan permohonan tersebut melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Gombak Timur dekat sini.
Abby memfailkan permohonan cerai secara baik di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 atas alasan tiada persefahaman dengan suaminya.
Kes itu akan disebut pada 18 Disember ini untuk mengetahui sama ada Norman bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan isterinya.
Ini merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan cerai setelah usaha kali pertamanya pada 3 November lalu, gagal kerana dokumen tidak lengkap.
Posted byAdminon
Wednesday, 12 November 2008at05:53
Berikut adalah artikel penuh pengakuan Memey Suhaiza tentang situasi beliau ketika di’tangkap khalwat bersama Norman Hakim. Cerita yang agak berlainan dari apa yang keluar dari mulut Norman Hakim, tetapi tidak mengapa, elok untuk hiburan di petang hari begini. Enjoice!
“Saya tidak sedar Norman pulang ke pejabat pada waktu itu. Apa yang saya tahu, setelah serbuan dibuat, barulah saya sedar Norman berada di aras dua pejabat itu,” luah pelakon muda, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berhubung kes ditangkap khalwat bersama aktor dan suami kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Norman Hakim.
Pelakon dan model berusia 20 tahun itu yang enggan memberikan sebarang komen semalam bagaimanapun hari ini tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah dia dan Norman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi semalam.
Dalam nada sugul, Memey menceritakan insiden itu sama sekali tidak disangka akan terjadi kepada dirinya yang ketika ini baru saja merangkak untuk mengukir nama di dalam bidang lakonan.
“Setelah mesyuarat selesai kira-kira jam 12 malam, Norman keluar dan saya bersama beberapa lagi staf yang lain masih berada di pejabat. Kemudian seorang demi seorang pulang dan akhirnya tinggal saya saja di aras satu pejabat itu kerana saya perlu menyiapkan sedikit lagi urusan lain.
“Sehinggalah saya terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu, tetapi saya tidak berani untuk keluar lihat. Akhirnya saya hubungi abang Norman, Sophee dan lebih kurang setengah jam selepas itu dia sampai di pejabat.
“Barulah saya sedar yang pejabat itu telah diserbu oleh JAIS dan Norman berada di aras dua. Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku dan saya akui, sehingga hari ini saya masih lagi bingung.
Memey sanggup berdepan dengan Abby untuk menjelaskan perkara sebenar
“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen semalam, bukan kerana ingin menyembunyikan diri, tetapi saya perlu ruang untuk menenangkan fikiran.
“Alhamdulillah, setelah mendapat sokongan daripada ibu dan ahli keluarga semua, barusaya rasa saya mampu untuk berdepan dengan pihak media. Malah, ibulah orang pertama yang saya hubungi sebaik ditahan JAIS,” kata gadis yang dibesarkan di sebuah felda di Kota Tinggi, Johor ini.
Jelas pelakon yang popular menerusi beberapa buah drama seperti Graduan, Farah Syakirah dan Mahsuri ini, dia menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran buatdirinya.
Namun, Memey tidak nafikan perasaan gusar sentiasa menyelubunginya apatah lagi bila memikirkan perasaan isteri Norman, Abby, yang pastinya terguris ekoran kejadian itu.
Lebih memburukkan keadaan, Memey juga sebelum ini dicop menjadi ‘orang ketiga’ di dalam rumahtangga pasangan itu yang kini dikatakan sedang bergolak, malah sebelum berlakunya insiden itu lagi.
Gosip tentang hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun ini apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.
Sehinggalah baru-baru ini apabila khabar angin mengatakan Norman sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand dan wanita itu dikatakan adalah Memey.
Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.
“Saya tidak harap orang akan faham masalah saya, tetapi cuba letak diri anda di tempatsaya sekarang, apa yang akan anda buat? Berkali-kali saya menafikan yang saya mempunyai hubungan lebih dari seorang sahabat dengan Norman, tetapi dengan apa yang baru terjadi ini, saya tahu orang akan cakap macam-macam pada saya.
“Saya tidak mampu buat apa-apa. Saya sedar, orang akan salahkan saya sebagai perampas mahupun punca pergolakan rumahtangga mereka. Saya hanya berharap saya mampu lakukan yang terbaik untuk membersihkan nama saya.
“Sejak semalam, saya asyik memikirkan bagaimana penerimaan ramai terhadap diri saya selepas ini. Saya amat takut jika kes ini akan turut menjejaskan karier saya.
“Tetapi setakat ini saya bersyukur, stesen televisyen dan pihak produksi drama yang saya terlibat tidak berhasrat untuk ‘gam’ saya atau sebagainya setelah saya hubungi mereka semalam,” kata anak saudara kepada pelakon dan penerbit drama, Darling Ngasri ini.
Ditanya sama ada dia akan berdepan sendiri dengan Abby untuk menjelaskan hal yang sebenar, Memey berkata:
“Saya tiada masalah untuk bersemuka dengannya. Kalau inilah satu-satunya cara boleh jernihkan semula keadaan, saya akan buat. Saya faham buat masa ini, emosi Abby pasti tidak menentu. Masalah sebelum ini pun belum selesai, ditambah pula dengan kes baru.
“Seboleh mungkin, saya akan cuba selesaikan masalah ini. Norman ada juga menghubungi saya semalam dan kami berbincang bagaimana untuk membersihkan nama masing-masing.
“Saya tidak marah jika Abby rasa terguris dengan saya kerana saya faham perasaan yang sedang dia alami,” kata Memey.
Menurut Memey, sewaktu gosip hubungannya bersama Norman bertiup kencang sekitar awaltahun ini, dia sendiri pernah menghubungi Abby dan menjelaskan khabar angin tersebut tidak benar.
“Ketika itu, Abby menerima penjelasan saya. Tetapi, sekarang ini, saya tidak tahu macam mana,” tutur Memey yang ketika ini sedang sibuk di penggambaran drama Bara Ku Genggam untuk siaran RTM.
Rakaman Melodi Interview bersama Norman Hakim(mula pada minit ke 3.40)
NORMAN TIDAK NAFI
Dalam pada itu, Norman, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas ketika dihubungi mStar Online, tidak menafikan kejadian tersebut.
Namun, secara tegas dia berkata: "Cuma di sini saya ingin perjelaskan hal yang sebenarnya. Sekitar pukul 10 malam, saya dan empat lagi pekerja saya mengadakan mesyuarat di pejabat saya."
"Memey juga adalah salah seorang yang sertai mesyuarat ini kerana sejak Ogos lalu, dia banyak membantu dari segi pengurusan setelah pekerja am saya berhenti," katanya lagi.
Kemudian sekitar pukul 12 tengah malam, jelas Norman, dia keluar meneruskan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya dan pulang semula ke pejabat sekitar 1 pagi.
"Saya terus ke tingkat dua pejabat saya manakala Memey pula berada di tingkat 1 dan saya dapati, salah seorang staf pengurusan, Natalie juga sudah pulang dan hanya tinggal Memey di situ," katanya.
Kata Norman, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi bising di tingkat bawah.
"Hanya selepas seketika baru saya turun dan dapati JAIS memang sudah berada di situ.
"Malah, abang saya juga tiba di pejabat setelah dia menerima panggilan daripada Memey yang menghubunginya kerana terdengar bunyi bising di luar pejabat," katanya.
Oleh itu, katanya, dia tidak tahu bagaimana perkara tersebut boleh berlaku kerana memang tidak menyangka sama sekali.
"JAIS kata mereka menerima aduan yang kami berada dalam keadaan mencurigakan sedangkan saya dan Memey berada di tingkat pejabat yang berbeza.
NORMAN DAKWA DISABOTAJ
"Saya tidak tahu siapa yang membuat aduan seperti itu kepada JAIS... mungkin juga ada orang nak sabotaj, entahlah kerana saya sendiri masih bingung.
"Apa yang pasti, saya tetap berikan kerjasama dengan pihak JAIS dan pihak polis Melawati selepas itu. Memang saya pertikaikan juga tindakan mereka itu pada awalnya, tetapi tidak guna bergaduh kerana walau apapun, saya kena ikut prosedur yang mereka tetapkan," kata Norman.
Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia sudah menjelaskan hal yang sebenar kepada isterinya, Abby.
Sebagai suami, kata Norman, dia akui perkara itu pastinya sukar diterima oleh isterinya.
Tetapi, tegas Norman, seboleh mungkin, dia tidak mahu kejadian itu menjejaskan lagi rumah tangga mereka memandangkan masalah keluarganya sudah heboh diperkatakan baru-baru ini.
MASALAH RUMAH TANGGA
Awal minggu ini, Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.
Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya minggu lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Hari Raya pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.
Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey yang popular dengan drama bersiri Mahsuri.
Pasangan ini juga sebelum ini pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian.
REAKSI ISTERI NORMAN
Mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Abby ekoran insiden ditangkap khalwat, kata Norman, dia lebih senang perkara itu diselesaikan antara mereka sahaja.
"Saya tidak sempat menghubunginya pada masa kejadian, tetapi pagi tadi saya sudah berjumpa dengannya dan jelaskan sendiri perkara sebenar. Ya, memang ada sedikit ketegangan, tetapi perkara itu boleh diselesaikan. Saya perlu lebih masa untuk meyakinkannya," kata Norman.
Berbeza dengan kenyataan Norman yang sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka, Abby yang dihubungi kemudiannya memberikan reaksi berbeza apabila diminta komennya tentang kejadian yang berlaku.
"Umum sedia maklum bahawa hubungan kami sememangnya sedang dilanda krisis... malah sebelum kejadian ini berlaku pun. Saya tidak tahu bagaimana untuk respons kepada pertanyaan seperti ini. Saya anggap kes ini adalah jawapan kepada masalah pergolakan rumah tangga kami selama ini.
"Apa yang boleh saya katakan, saya tergamam bila mendapat tahu tentang kes ini. Tetapi saya tidak menangis. Dia ada datang berjumpa dengan saya tadi, tetapi apa saja alasan dia, orang tetap akan nampak dia yang bersalah," kata Abby dalam nada sugul.
Ditanya sama ada insiden ini akan menjejaskan lagi hubungan mereka suami isteri itu, Abby menjawab:
"Ya, ia akan bertambah teruk. Saya sebenarnya sudah putus asa. Sudah lama saya rasa hati dan perasaan saya tidak dijaga.
"Apa yang saya tanggung selama ini, sudah tidak mampu diluahkan lagi. Biarlah apa saja kenyataan yang dikeluarkannya, saya mempunyai kenyataan saya sendiri.
"Apa yang saya harap, saya cuma berdoa agar Allah lembutkan hati saya agar memaafkannya. Itu saja," kata Abby.
MEMEY ENGGAN ULAS LANJUT
Sementara itu, Memey yang dihubungi enggan mengulas lanjut tentang kejadian tersebut.
Menerusi SMS, pelakon muda itu berkata: "Saya minta maaf, saya hanya perlukan ruang buat masa ini untuk menenangkan fikiran saya.
"Insya-Allah, jika saya sudah bersedia nanti, saya akan jelaskan semuanya."
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Seorang pelakon lelaki dalam drama bersiri Gerak Khas yang baru sahaja mendapat cahaya mata ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang,Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pelakon itu bersama pasangannya seorang pelakon baru wanita ditahan pada pukul 3 pagi oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.
“Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu
“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut, ” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
_______________________________
Norman dan Memey pernah digosipkan namun Norman menafikan sekeras-kerasnya tohmahan tersebut. Kita tunggu dan lihat. Berita ini dikuatkan lagi dengan pernyataan "baru mendapat anak" dan Norman adalah pelakon tunggal gerak khas yang baru mendapat anak. Oh ya, jika anda nak tahu, Norman Hakim dan Abby Abadi mempunyai pejabat di alamat MDH Trading & Services (001543198-M), 4-1A, Tingkat 1, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana Ampang, 68000, Selangor Darul Ehsan,. Malaysia (MY).