Showing posts with label Ella. Show all posts
Showing posts with label Ella. Show all posts

Ibu Paling Gembira Apabila Ella Bertemu Jodoh

on Wednesday, 4 July 2012

Ella
PETALING JAYA: Ibu kepada penyanyi rock ternama Ella iaitu Yang Asmah Yong, 85, merupakan individu yang paling gembira selepas mendengar luahan Azhar Ghazali yang ingin mengambil anaknya itu menjadi isteri.
Kakak kepada penyanyi itu yang juga jurusolek terkenal Saidatulnisa Aminuddin berkata, ibu mereka tidak dapat menggambarkan betapa seronoknya apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu meluahkan hasrat tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan.
“Ibu memang gembira akhirnya anak keenamnya itu bakal bertemu jodoh. Keinginan untuk menjadikan Ella sebagai isteri itu diluahkan sendiri oleh Azhar ketika dia datang bertemu dengan ibu,” katanya  ketika dihubungi di sini, Rabu.
Laporan akhbar sebelum ini menyebut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, mengesahkan mahu menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini di rumah keluarganya di Teluk Gadong, Klang, dekat sini.
Upacara akan nikah dijadualkan selepas waktu Isyak secara tertutup untuk saudara mara dan pihak media sahaja.
Ella dan Azhar yang berusia 30-an berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Saidatulnisa berkata, kerana gembira dengan berita tersebut, ibunya tidak menghalang untuk pasangan berkenaan mempercepatkan tarikh nikah yang akan diadakan di rumahnya.
Katanya, keluarga pihak lelaki yang datang pada 17 Julai lalu untuk merisik membuat keputusan untuk mengadakan majlis bertunang dan nikah serentak.
Sementara itu tambah Siadatulnisa, Ella dan Azhar telah bersetuju untuk memakai pakaian rekaan Saiful Baharim pada majlis akad nikah itu nanti
Bagi majlis resepsi yang dirancang di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 1 Disember depan pula, pihaknya masih dalam perancangan bagi memilih konsep yang akan diketengahkan.
“Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan saya bagi pihak keluarga mahu meminta maaf kepada mereka yang tidak di undang kerana ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan melainkan majlis resepsi yang akan dibuat hujung tahun ini,” katanya.
Sementara itu, jemputan kepada pihak media bagi menghadiri majlis berkenaan telah dihantar melalui e-mel pada petang rabu.

- ---

Ella sedang hangat bercinta dengan Elan

on Monday, 19 July 2010



Satu berita yang mengembirakan buat peminat Ratu Rock kita, Ella ’44′ yang dengarnya sekarang tengah hangat bercinta dengan seorang lelaki muda yang dikenali sebagai Elan ’28′ atau nama sebenarnya Elan Hasyim Abd. Rahman.. Mereka berdua dikatakan berkenalan pada tahun lepas semasa Elan membantu Ella menghasilkan kulit album kompilasi. mungkin masa tu la kot munculnya bibit-bibit cinta antara mereka berdua…
Yang menariknya Elan dikatakan telahpun berjumpa dengan keluarga Ella dan keluarga belah Ella menerima baik perhubungan mereka berdua.. Soal perkahwinan pula Elan dan Ella ada memikirkanya tapi tarikh belum lagi ditentukan.. mungkin bukan dalam waktu terdekat ni laa kot..




Apa-apa pun MyGosip ucapkan Taniah buat mereka berdua.. dan kami harap hubungan mereka berdua akan kekal sehingga keakhir hayat.. Tak sabar nak tengok Ella bersanding kan?..

 
© Artis Kini All Rights Reserved