Showing posts with label Awal Ashaari. Show all posts
Showing posts with label Awal Ashaari. Show all posts

Scha Laksana Tanggungjawab Isteri Yang Sempurna - Awal

on Tuesday, 12 June 2012

Awal Ashaari bahagia di samping Scha Al-Yahya
PETALING JAYA: Selepas 39 hari mendirikan rumah tangga, pengacara Awal Ashaari memuji isterinya, Scha Al-Yahya kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna.
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, Scha menjalankan rutin sebagai isteri dengan menyediakan pelbagai masakan untuk mereka berdua.
"Sebelum ini Scha bukanlah seorang yang gemar bersarapan pagi dan tak sangka pula dia sanggup bangun pagi dan menyiapkan sarapan untuk kami berdua sebelum ke lokasi penggambaran.
"Malah sebelum tidur, dia juga bertanyakan apakah menu masakan yang saya inginkan. Daripada situ saya nampak kesungguhannya untuk menjadi seorang isteri yang baik," katanya yang dihubungi di sini, Isnin.
Tambah Awal, kehadiran Scha sebagai isterinya juga membuatkan dia tidak sabar untuk pulang ke rumah setiap kali selesai penggambaran, semata-mata untuk menikmati makanan hasil daripada air tangan Scha.
Foto bulan madu Awal dan Scha di New York.
Dalam pada itu, dia juga baru sedar bahawa Scha seorang yang tidak suka keadaan rumah bersepah dan sentiasa memastikan barangan yang telah diguna, diletakkan semula ke tempat asal.
"Scha seorang pembersih dan tidak suka barang-barang yang bersepah. Dan kehadiran dia dalam rumah saya membuatkan saya sedar mengenai tabiat buruk diri yang suka menyimpan barang yang tidak penting.
"Bayangkan, apabila Scha mengemas rumah, dia terjumpa macam-macam benda seperti kotak-kotak kasut yang kosong, kamera rosak serta beberapa benda lain dan apabila dia bertanya mengapa saya menyimpan barang-barang berkenaan, saya tiada jawapan untuk itu," selorohnya.
Bercerita mengenai pengalaman pasangan itu yang baru pulang dari berbulan madu di Amerika Syarikat (AS) pada 18 Mei lalu, Awal berkata, percutian itu amat bermakna untuk kedua-dua mereka.
"Percutian kami amat menyeronokkan dan kami sempat ke New York dan Los Angeles selama 10 hari.
"Selepas pulang ke tanah air, kami bersama keluarga masing-masing bercuti di Gold Coast, Sepang dan Pulau Manukan, Sabah pula. Rasa puas sebab dapat meluangkan masa sebaik mungkin bersama keluarga sebelum memulakan rutin kerja harian," tuturnya.
Sementara itu, Awal juga bersyukur kerana rezekinya dan isteri tidak pernah putus sejak mendirikan rumah tangga apabila menerima pelbagai tawaran berlakon.
Malah, pengacara Melodi itu bakal mengendalikan sebuah programnya sendiri iaitu, Awal Lagi, menerusi saluran TV9.
Awal dan Scha bernikah pada 4 Mei lalu di Hotel Pullman, Putrajaya dekat sini.

- ---

Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akhirnya mengaku bercinta

on Sunday, 15 August 2010

Akhirnya Awal Ashaari mengaku juga yang dia sebenarnya memang sedang hangat bercinta dengan Scha Al-Yahya.. Setelah hampir setahun Awal digosipkan bercinta dengan Scha, Baru kini diaorang nak mengaku.. Menurut Awal Ashaari, Mereka berdua ni sudahpun hampir 10 bulan bercinta.. wah.. lama juga mereka berdua ni simpan rahsia ek.. Tambah Awal Ashaari lagi.. dia kini sudah tidak sabar untuk berkahwin dengan Scha.. Bagus la tu kan.. benda baik tak elok kalau dilambat-lambatkan.. jom kita baca apa kata Awal Ashaari…

“Kalau difikirkan tentang batasan-batasan sebelum berkahwin, memang saya sudah tidak sabar untuk berkahwin dengan Scha. Tetapi apabila difikirkan tentang komitmen, saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Lagipun, hubungan saya dan Scha baru berusia 10 bulan. Biarlah kami ambil sedikit masa lagi untuk mengenali hati budi masing-masing. Tetapi tak naklah lewat sangat.

“Kalau ikut perancangan, saya ingin berkahwin pada umur 30 tahun, tapi tengoklah macamana nanti. Tak berani hendak cakap. Buat masa ini saya dan Scha memang tidak pernah tetapkan tarikh kahwin. Apa yang penting sekarang ini ialah perhubungan saya dan Scha mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Saya memang pentingkan perkara ini sebab saya ini ‘family man’,” jelas Awal. (sumber: gua.com.my)


Bagus la tu.. Kalau dah mampu tu kahwin la cepat-cepat.. MyGosip harap hubungan percintaan mereka berdua ni kekal hendaknya sehingga ke anak cucu..

Tapi kami teringat apa yang dikatakan oleh Fahrin Ahmad satu ketika dulu apabila ditanya adakah Awal Ashaari menjadi punca perpisahan Fahrin dengan Scha.. jom kita buat flashback…

jawap fahrin…
“Kamu carilah sendiri, saya tidak mahu cakap siapa dia. Tapi kalau nak tahu, ikuti perkembangan dia (Scha) dan carilah dia dengan siapa sekarang,”

“Pada peringkat awal, saya yakin tiada jodoh dan tiada keserasian antara kami. Namun, apabila masa berlalu saya nampak kebenarannya”

(Gambar) Scha Alyahya dan Awal Ashaari bercuti di Bali

on Tuesday, 20 July 2010



Pasangan artis bercinta yang dulunya sampai menangis-nangis menafikan, tapi akhirnya secara gah mempamerkan gambar-gambar percintaan dan percutian di bali mereka ke dalam Facebook. Ehem-ehem, kalau betul cepat-cepatlah langsung ya? Sama cantik, sama padan dan akan terus memadam gosip-gosip yang tidak enak untuk kedua-duanya.


(Gambar) Rumah baru Awal Ashaari

on Monday, 12 April 2010

Huh dengar sekarang Awal Ashaari dah masyuk, rumah yg dibelinya pun bukan harga 100-200K. Malah lebih mahal lagi. tapi yang pelik nya apa plak si Scha nie interframe kat kedai makan bersama Awal Asshari nie :) ?


[Image:  x2c3a499.jpg]



[Image: Challis_Damansara__1_.JPG]

[Image: 9cabc9c16c2645b38051dd928351a4b0_l.jpg]

[Image: 1851210092009175-large.jpg]

[Image: challis_damansara.gif]

 
© Artis Kini All Rights Reserved