Video Drag Battle Himpunan Sejuta Belia 2012 Rempuh Penonton

on Sunday 27 May 2012


Pihak penganjur iaitu Kementerian Belia dan Sukan perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini kerana mereka gagal menyediakan langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya.


Dipercayai dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penonton dan jalan yang digunakan sebagai litar lumba hanya dipisahkan oleh pokok hiasan jalan. Menteri di Kementerian Belia dan Sukan, perlu memandang serius perkara ini kerana membenarkan penonton menonton perlumbaan itu ditepi jalan.

Kenyataan eksklusif komen dari Menteri KBS Datuk Seri Sabry Cheek mengenai kejadian tersebut.



Jika dilihat dari segi keselamatan tak ada bezanyapun perlumbaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan Perlumbaan secara haram.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.






Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.

Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.

Ikuti Video Kejadian Pada Drag Race Himpunan Jutaan Ahli Belia 2012


Perkara sudah berlaku, adakah Pakatan Rakyat akan menjadikan ini sebagai Isu Hangat seperti mana berlaku isu Bersih 3.0. Apakah pandangan anda berkenaan isu ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved