Pengasas Facebook MARK ZUCKERBERG BERKAHWIN DENGAN PRISCILLA CHAN

on Thursday, 24 May 2012

Jodoh tidak kemana, itu lah boleh dikatakan kepada Pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg yang berusia 28 tahun telah berkahwin secara sah bersama Priscilla Chan 27 tahun.

Pada Halaman profil Facebook Mark menunjukkan bahawa pasangan berkenaan berkahwin pada 20 MEI 2012 dan memuat naik gambar mereka di laman sosial itu. Pasangan serasi itu bertemu di Harvard dan sudah menjalinkan hubungan mesra selama lebih sembilan tahun.

Pasangan tersebut kini menukar status mereka di Facebook sebagai 'sudah berkahwin'.

Persediaan perkahwinan itu dirancang selama beberapa bulan kerana Zuckerberg menunggu Chan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Sekolah Perubatan San Francisco, Universiti California.

Zuckerberg yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Facebook mula berkenalan dengan Chan di Universiti Harvard, AS pada tahun 2004. Menurut profil Chan, dia merupakan graduan Universiti Harvard pada tahun 2007.

Dia kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di Sekolah Harker, San Jose sebelum mengikuti pengajian dalam bidang perubatan.

Tahniah buat Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan semoga ikatan ini, rezeki anda berdua akan mencurah berbillion billion keuntungan setahun.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved