Liyana Jasmay diganggu Lelaki Misteri

on Saturday 26 May 2012

Adat sebagai artis popular, sering kali berdepan dengan peminat peminat fanatik terutama peminat yang mengganggu dengan cara pelik pelik terhadap artis kegilaannya.

Terkini, penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay yang baru sahaja melangsungkan pertunangan pula diganggu oleh seorang lelaki yang merupakan peminat fanatiknya.

Ini bukan kali pertama sebaliknya enam kali, kata pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 24.

Liyana yang baru bertunang dengan jejaka pilihannya pada 29 Mac lalu mengulas insiden dia dan keluarga diganggu lelaki 20-an dipercayai peminat fanatiknya.

Lelaki terbabit dilaporkan mula ‘menghantui’ rumah Liyana di Hulu Klang, di sini, sejak November tahun lalu dengan membawa pelbagai hadiah, selain bertegas bertemu pelakon dan penyanyi berkenaan.

Lelaki terbabit dilaporkan menunggu di hadapan rumah keluarga artis itu, selain berlegar-legar di sekeliling kediaman berkenaan.

Antara hadiah yang dibawanya untuk diberikan kepada Liyana ialah baju-T, kasut, minyak wangi, cakera padat (CD), minyak wangi serta tuala wanita.

Pihak polis telah memberkas lelaki itu di hadapan rumah Liyana sekitar jam 11.40 malam, kelmarin. Keluarga Liyana telah membuat laporan polis selepas melihat gelagat yang mencurigakan lelaki tersebut melalui rakaman kamera litar tertutup.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved