Gaji Nazmi Faiz sebulan RM300,000 bersama kelab Beira-Mar?

on Monday, 28 May 2012

Sebelum ini, kelibat pemain senior kita iaitu Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000. Ini merupakan satu jumlah gaji yang besar untuk pemain Malaysia.

Semenjak Nazmi telah terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, peminat peminat sudah membuat andaian berkenaan gaji pemain tengah Harimau Muda itu dan menjadi perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Sekiranya khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi menjadi kenyataan, Nazmi pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu. -sinarharian-
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved