Euro 2012 Raymond Domenech kutuk skuad England?

on Monday 28 May 2012


BEKAS jurulatih kebangsaan Perancis, Raymond Domenech menganggap skuad England tiada harapan untuk menjadi pesaing utama pada Euro 2012, sambil menganggap skuad kendalian Roy Hodgson itu langsung tiada kualiti.

Pengendali berusia 60 tahun itu yang dipecat selepas kegagalan memalukan Perancis pada Piala Dunia 2010 mendakwa, Perancis akan mudah menewaskan England pada aksi sulung kumpulan, 11 Jun ini.

“Saya menjadikan Perancis sebagai salah satu pasukan pilihan kali ini. Mereka akan menghadapi perlawanan pertama yang mudah iaitu bertemu England, pasukan tiada kualiti,” kata Domenech dalam nada angkuh.

Tidak cukup itu, pemain pertahanan Norway, Brede Hangeland pula meramalkan England bakal tewas perlawanan kedua mereka kepada Sweden disebabkan keletihan para pemainnya.

Pemain Fulham itu percaya, para pemain England bakal menghadapi kesukaran untuk mencapai prestasi terbaik di Euro 2012 selepas mereka mengharungi musim sukar Liga Perdana Inggeris.


“Sweden memiliki peluang terbaik. Memang ia barisan terbaik England tetapi mereka tampak sedikit bermasalah selepas pemain mengharungi musim yang panjang. “Ia bukanlah persiapan terbaik menjelang Euro apabila pemain terpaksa beraksi musim sukar bersama kelab masing-masing. “Biarpun hanya pada aksi persahabatan pemanas badan, kamu boleh nampak yang para pemain England memerlukan rehat,” ujar Hangeland. – Agensi
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved