Rumah Mawi kena rompak kerugian bernilai RM 10,000 dilarikan

on Monday 26 March 2012

Rumah banglo Mawi yang dianggarkan 2 juta, telah dimasuki perompak, dalam keadaan yang begitu kucar kacir, Asmawi hanya kedengaran " JANGAN BISING.. BERIKAN DUIT, EMAS, itu lah kata-kata yang diungkapkan oleh perempok yang pecah masuk kediamannya yang terletak di BANGI GOLF RESORT kira-kira jam 4.30 kejadian tersebut berlaku.

Mengikut laporan TV3 menerusi Buletin 1.30, Mawi dan ahli keluarganya telah di’ikat dan barangan bernilai lebih RM10,000 telah di’larikan oleh perompak.



Berikut adalah petikan yang telah dipetik dari sinarharian

Menurutnya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat membuka pintu kerana menyangkakan ada kecemasan ekoran neneknya Salmah Sahan, 77, tidur di bilik sebelah.

“Ekin buka pintu dan tidak menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku sebelum terkejut diacukan parang ke leher oleh salah seorang daripada tiga penjenayah yang berdiri di pintu bilik utama.

“Seorang daripada mereka sedang menggeledah bilik sebelah sementara tiga lagi membawa nenek ke bilik kami dan mengikat kaki dan tangan saya, isteri, nenek mertua dan ibu mertua, Fatimah Saad, 55 yang berada di dalam bilik utama ketika itu,” katanya.

Mawi berkata, perompak tersebut merampas rantai emas yang dipakai neneknya dan juga wang tunai serta empat telefon bimbit dianggarkan kerugian yang dialami sekitar RM10,000.

Beliau berkata perompak kemudian melarikan diri menerusi tingkap di bahagian dapur.

Mawi, yang masih trauma dengan kejadian itu, berkata beliau dapat menyelamatkan dirinya dan anggota keluarganya dengan membuka ikatan menggunakan giginya.

"Selepas itu saya terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk membuat laporan," katanya.

Mawi berkata beliau beliau tidur lewat selepas pulang daripada promosi Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Johor Baharu kira-kira 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan bagi rompakan berkumpulan dan rompakan bersenjata.


Mawi menunjukkan rumah mawi dirompak

Diharapkan Mawi serta keluarga tabah menghadapi dugaan yang tidak diduga ini, dan biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas ini, PDRM pastinya menjalankan tugas yang terbaik kes ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved