Perlancaran Proton P3-21A Pertengahan Mac 2012 reka bentuk Volkswagen Polo Model Proton

on Thursday 8 March 2012


Proton
akan melancarkan model baru keluarannya dengan nama kod P3-21A yang mengetengahkan gabungan prototaip konsep Tuah yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan March 2012 (bulan ini).

Ini berita yang dipetik dari akhbar Sinar Harian 5 Mac 2012 – mengenai pelancaran model terbaru Proton P3-21A.

Proton Holding Bhd (Proton) bakal memperkenalkan model baru keluarannya dengan nama kod P3-21A yang mengetengahkan gabungan prototaip konsep Tuah bakal membawa perubahan dalam industri automotif nasional diumumkan 16 Mac ini.

Menurut sumber laman sesawang automotif, Proton P3-21A ditawarkan dalam dua varian, iaitu model Executive dan model Premium dianggarkan bernilai RM65,000 sehingga RM75,000.
P3-21A dilengkapi enjin CamPro 1.8L dan 2.0L serta sistem pengecas turbo, adalah kenderaan pertama didatangkan dengan internet berkelajuan tinggi daripada pembekal perkhidmatan internet YTL Communications, Yes 4G.

Mungkinkah P3 21A model gantian bagi model Persona sedia ada? Terdapat banyak spekulasi yang bermain di fikiran pengguna tentang model terbaru proton itu adalah Proton Tuah yang pernah dipertontonkan sebelum ini? Untuk kepastian umum, nantikan pelancaran rasmi Proton pertengahan Mac ini.

Mari kita nantikan pada 16 Mac 2012 Perlancaran model terbaru Proton
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved