Penjelasan Fazura Payudaranya Asli bukan Silikon

on Monday 5 March 2012

Kecoh sana sini menceritakan Silikon Payudara Fazura Pecah? Benarkah Fazura menggunakan asetnya dengan silikon? Dan ada gosip mengenainya bahawa Silikon Payudaranya Pecah dan di kejarkan ke Hospital Serdang Selangor.

Ini adalah satu gosip liar yang membabi tuli, tetapi individu yang buat cerita itu telah pun dimaafkan oleh Fazurayang terlibat dalam penyebaran fitnah liar.

Baca petikan dibawah pengakuan Fazura ( Nur Fazura Sharifuddin) Sendiri


“Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik,” itu jawab Fazura menafikan sekeras-kerasnya isu silikon pecah seperti yang dibangkitkan di laman-laman Internet.



“Sewaktu saya dihubungi oleh salah seorang rakan, saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.


“Saya memang malas hendak melayan cerita bodoh begitu. Pada saya, itu satu perkara yang sememangnya langsung tidak masuk akal,” katanya.


Fazura menjelaskan asetnya memang asli dan dia tidak pernah berniat untuk “bersilikon” atau seumpama dengannya.

Mahu menamatkan cerita yang dirasakan datang daripada pihak yang cemburu dengan hidupnya, Fazura tidak berniat mengambil sebarang tindakan.

Dia sendiri tidak pernah mencari musuh dengan sesiapa dan tidak suka untuk mencampuri urusan orang lain.


“Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri,” katanya yang bersedia memaafkan siapa pun penyebar berita palsu itu.



Hairan betul lah, kenapa lah individu suka buat gosip tanpa asas pada artis artis dimalaysia yea. Bukti tiada tapi kenyataan bertulis macam gendang raya maksud saya macam bukti berlambak lambak jer...
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved