Pengakuan Fasha Sandha Bakal Kahwini Rizal Ashram Di Bali, Indonesia 29 April 2012

on Wednesday 7 March 2012

Kalau anda belum membaca surat khabar fizikal hari ini, isu hangat ingin berkongsi berita yang penting untuk anda semua tahu secepat mungkin.

Berita Harian hari ini melaporkan yang Fasha Sandha telah sahkan bahawa tarikh perkahwinan beliau adalah pada 29 April 2012.

Kenyataan ini merupakan antara kenyataan yang di’tunggu tunggu peminat dunia hiburan yang telah lama di’sogok dengan lambakan gambar pra perkahwinan mereka.

Sekiranya anda membaca surat khabar Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Fasha Sandha telah menerima lamaran bakal suaminya, Jejai. Ramai tertunggu tunggu hari kemuncak perkahwinan mereka. Fasha Sandha telah menetapkan tarikh majlis perkahwinannya dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) di pulau peranginan eksotik, Bali pada 29 April 2012.

Majlis perkahwinan antara Fasha Sandha dan Rizal Ashram akan berlangsung dalam satu majlis tertutup yang akan di’hadiri oleh 100 orang tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media.

“Mengikut perancangan, busana pengantin mendapat sentuhan pereka tempatan popular, Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal,” katanya kepada wartawan Berita Harian.


Finalis Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, genap berusia 28 tahun pada 28 Mac ini tidak dapat dihubungi kerana sibuk di lokasi penggambaran drama berjudul Seindah Sakura.


Difahamkan Jejai yang juga anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, sudah pun bertemu keluarga pihak perempuan untuk merisik.


sumber: abpbh.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved