Gambar Miley Cyrus Sudah Bertunang?

on Monday 26 March 2012

Artis Popular Miley Cyrus telah mengemparkan para peminatnya apabila fotonya, memaparkan kukunya yang baru diwarnakan ke akaun Twitter nya telah mencetuskan perbualan hangat apabila terdapat sebentuk cincin pada jari Miley Cyrus.



Dengan foto tersebut tercetuslah pelbagai persoalan dan ada yang mengatakan kekasihnya itu adalah Liam Hemsworth sebagai tunangnya.


Pada entri Twitter tersebut, Miley menyatakan bahawa dia sangat menyukai warna kuku yang baru dibuatnya.



"Saya begitu teruja dengan kuku yang dibuat oleh @jennahipp! Ia membuatkan ia kelihatan cantik dan klasik! Lihatlah!," kata Miley dalam entri berkenaan.

Dalam pada itu Miley turut menyatakan perasaan sayangnya terhadap Liam dalam entri berkenaan.

"Saya hidup dengan tiga orang yang sangat menyayangi diriku, seorang kekasih yang kacak, keluarga dan 5.2 juta peminat-peminat yang dicintai," katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini menurut sumber, Miley masih lagi merahsiakan perkara tersebut tetapi telah pun merancang ke arah perkahwinan.

"Liam begitu menyayangi Miley. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi penyanyi itu dan mereka pernah berbincang untuk mendirikan rumah tangga bersama," ujar sumber itu.

Persoalannya sekarang adakah Miley sudah bertunang atau sebaliknya?



Video Miley mahu tinggalkan Akaun Twitternya..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved