Gambar Hari Pernikahan Nora Danish & Adi Putra

on Thursday 1 March 2012

Majlis pernikahan Adi Putra dan Nora Danish ini telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini.

Apabila ditanya bagaimana perasaannya ketika itu, dia sedikit pun tidak teruja untuk adegan majlis akad nikah kerana sudah beberapa kali melalui fasa itu. Didalam adegan itu Nora pemegang watak Arlisa menanti Johan, lakonan Ady Putra melafazkan akad nikah untuk menyuntingnya sebagai isteri dalam filem pertama arahan Eyra Rahman.

“Ini bukan kali pertama Nora bernikah sewaktu berlakon. Sudah beberapa kali juga. Jadi perasaan teruja itu tidak ada, sekadar menghidupkan watak sahaja.

“Menjadi isteri kepada Ady Putra adalah kali kedua, pertama dulu sewaktu drama Tentang Dhia. Sejak drama itu, Nora banyak mendapat tawaran watak yang lebih serius. Tiada lagi watak gadis remaja yang ceria,” kata Nora ketawa ditemui di lokasi penggambaran filem Aku Terima Nikahnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini.





“Alhamdulillah, antara Nora dengan Ady sudah ada keserasian sejak Tentang Dhia, jadi tidaklah kekok untuk filem Aku Terima Nikahnya. Nora harap filem ini dapat mencetus fenomena seperti drama juga,” harapnya.

Menurut Nora, dia bersetuju berlakon Aku Terima Nikahnya, filem ketiganya dengan Metrowealth Pictures kerana skrip dan barisan pelakonnya menarik.

“Nora terima bukan sebab orang kata gandingan kami serasi. Kalau nak ikutkan, ada beberapa produksi yang nak gandingkan Nora dengan Adi tapi bila tengok skrip Aku Terima Nikahnya, Nora tertarik.

“Jalan cerita filem ini menarik. Sebab itu Nora tidak mahu melepaskan peluang. Harap-harap gandingan kali ini lebih menjadi dan lakonan Nora mampu meninggalkan kesan kepada penonton,” katanya.




“Biarpun orang pernah tengok gandingan saya dengan Nora dalam drama, tapi kali ini karakter kami berbeza. Sebenarnya, gandingan ini membebankan juga kerana kami perlu berikan yang lebih baik daripada apa yang pernah ditonton sebelum ini,” katanya.

Sebenarnya, Majlis Pernikahan ini adalah babak yang terdapat dalam filem Aku Terima Nikahnya, terbaru dari MIG, Dengan ini Nora Danish masih single bukan isteri kedua Adi Putra. Ini hanya lakonan semata-mata....Jadi, peluang masih lagi sekiranya anda ingin menjadi suami kepada Nora Danish masih terbuka.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved