Gambar Black Mentor Suka Tayang Badan Sejak Bertubuh Sasa

on Wednesday 21 March 2012

Penyanyi berkulit sawang matang kelahiran dari Kuala Lumpur Black mengakui perubahan drastik pada fizikalnya yang semakin sasa. Hanifah bin Md Hanafiah atau lebih dikenali BLACK berusia 24 tahun berasa bahagia dan gembira dengan tubuh sasa yang dimilikinya itu kerana telah meningkatkan keyakinan dirinya berbanding sebelum ini.

“Saya sangat suka dengan tubuh saya kini. Usaha saya melakukan senaman sejak setahun yang lalu telah membuahkan hasil. Ia memberikan kebahagiaan buat saya.

“Jika sebelum ini, saya sering berasa rendah diri, kini saya semakin yakin khususnya ketika berdepan dengan peminat atau tempat umum,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.



Black berkata, perubahan fizikal itu turut membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai terutamanya ketika dia bersukan dan bermain bola sepak.

“Percaya atau tidak, ramai yang memberikan respons yang positif pada tubuh saya. Sejak bertubuh sasa, saya semakin yakin untuk menayangkan badan di khalayak umum selepas bersukan atau bermain bola sepak.


“Ada juga peminat perempuan dan lelaki yang mengusik tetapi saya tidak kisah kerana ia adalah perkara biasa,” katanya yang menolak dakwaan perubahan fizikal itu membuatkan dia bersikap bangga diri.


Profile Black Mentor

NAMA PENUH: Hanifah B Md Hanafiah
ASAL: Kuala Lumpur
UMUR: 23
Date of Birth: 21 December 1987
Profession: Businessman

picture : budiey.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved