Fernando Alonso Juara F1 di Litar Sepang Malaysia

on Sunday 25 March 2012

Pemandu Ferrari Fernando Alonso menjuarai the Formula One Grand Prix Malaysian 2012 yang berlansung hari ini dengan mencatatkan kemenangan dramatik apabila mengatasi Sergio Perez pemandu Sauber dan Lewis Hamilton, pemandu McLaren di tempat ketiga.

Pemandu dari Sepanyol itu mencatatkan dua jam, 44 minit dan 51.812 saat untuk mendahului Sergio Perez dari Mexico dengan hanya perbezaan 2.263 saat.

Sementara Lewis Hamilton dari pasukan Vodafone McLaren Mercedes yang memulakan perlumbaan di petak pertama, menduduki tempat ketiga sepertimana pada musim pembukaan perlumbaan di Melbourne hujung minggu lepas dengan 2:45:06.403s.


"Kami tidak kompetitif di Australia atau di sini. Matlamat kami ialah mendapatkan sebanyak mata yang boleh dan kami berjaya melakukannya.



"Satu keputusan di luar jangkaan, kerja cemerlang daripada pasukan. Kami telah memaksimumkan potensi yanga ada, kekal tenang dalam beberapa keadaan tidak
diingini pada permulaan dengan gangguan dan perlu menukar tayar," kata Alonso.

Perlumbaan bermula dalam hujan lebat dan dihentikan selama 51 minit selepas lapan pusingan namun Alonso nyata cemerlang mengemudikan jentera yang sebelum
ini gagal mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam pusingan kelayakan dan pusingan musim pembukaan.

"Pasukan wajar dipuji bagi kemenangan ini. Ini merupakan waktu sukar bagi kami pada ketika ini, tetapi Ahad ini akan terpahat dalam ingatan kami untuk selamanya," kata juara dunia dua kali itu.

Kemenangannya hari ini merupakan gelaran keduanya dalam Grand Prix Malaysia dan pencapaian hebat dalam 28 tahun kariernya. Beliau memenangi Grand Prix Malaysia pada 2007 dengan pasukan McLaren Mercedes.

Alonso juga kini menjadi pendahulu kejohanan dunia ini dengan 35 mata, lima mata di hadapan Hamilton.

Sementara itu, Perez, 22, yang nyata hampir merealisasikan impian mencatatkan kemenangan pertamanya, namun peluang itu dinafikan apabila beliau
dipintas pada pusingan 50.

Bagaimanapun, beliau berjaya mencatatkan kemenangan podium pertamanya dan gembira dengan prestasi keretanya.

"Pasukan telah melakukan kerja dengan cemerlang dan saya berjaya mengejarnya pusingan demi pusingan. Saya mengekori Fernando (Alonso) pada akhir perlumbaan.

"Saya memberikan ruang agak luas pada sebelah kiri dan saya tersentuh bebendul jalan...saya gagal menang. Bagaimanapun, saya gembira kerana prestasi kereta terus bertambah baik. Pasukan ini memang hebat," kata Perez.

Pemenang musim pembukaan Jenson Button tidak memenangi sebarang mata pada perlumbaan hari ini selepas berlanggar dengan Narain Karthikeyan dari pasukan HRT F1 Team dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.

Sementara pemandu pasukan Lotus F1 Team dan juara dunia 2007, Kimi Raikkonen mencatatkan masa pusingan terpantas dengan 1:40.722s pada pusingan 53. - Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved