Awal Ashaari dan Scha al Yahya berkahwin 4 Mei 2012

on Tuesday 27 March 2012

Pasangan kekasih Awal Ashaari dan Scha al Yahya telah memilih 4 Mei 2012 sebagai tarikh keramat untuk mereka disatukan bergelar Suami Isteri. Perkahwinan tersebut akan dibuat di Hotel Pullman, Putrajaya. Apa yang menariknya perkahwinan mereka ini, Awal Ashaari awal awal lagi sudah mengenakan syarat terhadap Scha Al Yahya, khususnya bagi menjaga nama baik rumahtangga mereka.

Mengikut sumber mStar, Awal mengenakan syarat selepas kahwin kepada Scha seperti

- menjaga nama baik suami/keluarga mertua,
- dilarang memeluk lelaki ketika adegan berlakon,
- selaku suami isteri, kenala tidur bersama walau apa jua keadaan.
- scha kena pulang rumah sebelum jam 12 malam

Syarat - syarat yang disebutkan adalah satu syarat wajib diikuti sebagai syarat seorang suami kepada isterinya. Bagaimanapun, pelakon Aku Bukan Tomboy ini tidak kisah dengan syarat itu memandangkan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi kata suami.


"Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya,"

Pasangan tersebut akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.


Pada peminat peminat yang ingin mengikuti perkembangan mereka, datang lah beramai ramai dilokasi pada hari tersebut.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved