6 Rahsia Allah Terhadap HambaNYA

on Wednesday 7 March 2012

Salam Sejahtera, hari ini saya ingin mengupas mengenai 6 perkara yang dirahsiakan Allah kepada Hambanya.

Sila lihat petikan dibawah.


1) Allah merahsiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agar hambanya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat, mengenal atau merasa bosan.


2) Allah merahsiakan keredhaannya kepada hambanya yang taat agar hambanya itu tetap terus berbakti atau taat.

3) Allah merahsiakan wali – walinya atau hamba hambanya yang soleh kepada orang ramai agar mereka tidak dipuja – puja atau disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya kerana wali – wali Allah itu tergolong orang yang mempunyai kelebihan ilmu.

4) Allah merahsiakan tentang keutamaan salatul wusto atau sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya (Salatul Wusto)

5) Allah merahsiakan umur seseorang hamba agar ia selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang soleh


6) Allah merahsiakan tentang siapa jodoh kita nantinya agar hambanya mencari jodoh yang terbaik untuknya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved