5 Makanan Untuk Mengurangkan Perut Buncit

on Saturday 31 March 2012


Pasti anda cuba mencari formula bagaimana untuk mengurangkan Perut Buncit. Anda pasti telah mencuba pelbagai senaman bagi membantu untuk mengurangkan perut buncit kepada bentuk perut yang lebih menarik dan menawan? Kini ada satu tips untuk membantu anda mendapatkan 2 kali ganda kesan terhadap perut anda. Cuba lihat panduan dibawah dari segi permakanan yang dapat membantu anda.

1. Blueberries
Kajian menunjukkan blueberries dapat membantu membakar lemak pada perut. Walaupun blueberry itu disejukkan, ia dapat mengekalkan kebanyakkan ‘nutritional benefits’.

2. Salad
Sayuran hijau bukan sahaja mengandungi vitamin dan minerels, malah rendah kalori dan tinggi kandungan fiber. Makan salad pada makan tengahari dan ia dapat membantu anda memberi tenaga sehingga petang. Atau makan sedikit salad sebelum makan ‘main course’, anda akan dapati anda makan sedikit daripada biasa.

3. Almonds
MUFAs (monounsaturated fats) adalah bahan peting untuk membakar lemak perut. Almond adalah sumber terbaik untuk mendapatkan monounsaturated fats dan dapat membantu membentukkan perut kerana ia juga mempunyai sumber protein dan fiber sayur-sayuran.

4. Salmon
Mengurangkan penggunaan minyak dan pelbagai lagi sumber kalori tinggi adalah satu kepentingan. Pilih makanan berprotein tinggi seperti ikan dan tofu kerana dapat membantu membakar kalori apabila dihadamkan. Semasa memilih ikan, cuba untuk memilih tuna atau salmon kerana kedua-duanya tinggi kandungan omega-3s, dimana dapat membantu pembakar dalam badan dan mengawal kandungan hormon.

5. Oatmeal
Anda mesti terfikir untuk mengurangkan pemakanan anda, tetapi anda tidak semestinya untuk tidak makan atau ‘skip meal’. Makan makanan yang sihat pada waktu sarapan merupakan permulaan yang baik dan juga untuk metabolisma, membantu untuk mengawal gula dalam darah dan memberi anda tenaga sehingga makan tengahari. Oatmeal kaya dengan fiber adalah pilihan terbaik untuk bersarapan, jangan pilih oatmeal berperisa kerana ia kaya dengan gula.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved