Sah! Pembatalan Konsert Erykah Badu di KLCC Kerana Tatoo Allah

on Tuesday 28 February 2012


Erykah Badu yang akan membuat konsert pada 29 Februari 2012 dijadualkan berlansung di KLCC telah putih mata apabila dirinya telah membuat kesilapan yang tidak patut dibuatnya. Dengan lakaran kalimah ALLAH di badan tanpa pakaian seolah olah seperti TATU telah menimbulkan kemarahan kepada peminat peminatnya di Malaysia sekali gus telah menghina masyarakat ISLAM. Ianya merupakan kesalahan yang serius.



Oleh itu Kerajaan telah menjalankan tanggungjawabnya mengadakan mesyuarat PUSPAL atau Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara pada 28 Februari telah memutuskan supaya kelulusan Konsert Erykah Badu dibatalkan berdasarkan pandangan ahli Mesyuarat JK PUSPAL khususnya Kementerian Dalam Negeri,

JAKIM dan PDRM berdasarkan perkara berikut.


- Telah melanggar Garis Panduan PUSPAL dan syarat-syarat kelulusan iaitu tidak menyentuh sensitivi perkauman,

agama dan nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia.
- Perbuatan Artis meletakkan tulisan kalimah ALLAH dibadan tanpa berbaju adalah satu penghinaan kepada Agama

Islam dan merupakan satu kesalahan yang amat serius.
- Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej Kerajaan. - Sumber rasmi dari laman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia


ps/ lain kali kalau nak buat persembahan di malaysia ikutlah adat masyarakat di negara Malaysia.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved